suria

Jenazah Dirang Selamat Dikebumikan

PASIR GUDANG: Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai kira-kira 1.30 tengah hari Rabu.

Jenazah kanak-kanak malang yang juga dikenali sebagai Dirang itu dituntut oleh keluarganya di Hospital Sultanah Aminah kira-kira pukul 11.45 pagi selepas selesai urusan memandi dan mengkafan dilakukan oleh Majlis Agama Islam.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Al Muhajirin Masai sebelum dibawa menaiki van jenazah menuju ke tanah perkuburan berkenaan dengan diiringi oleh ibunya, Roselyn Alang, 25, dan datuknya Alan Alip, 49, serta beberapa orang jiran.

Artikel Lain