Rating Sokongan Terhadap PM Meningkat - Semasa | mStar

Rating Sokongan Terhadap PM Meningkat

KUALA LUMPUR: Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.

Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan perdana menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.

Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri.

"Pada pendapat kami, meningkatnya rasa puas hati orang ramai barangkali disebabkan kesedaran meluas tentang inisiatif mesra rakyat dan cadangan menambah baik kedudukan demokrasi Malaysia, seperti penggantian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti, dan langkah-langkah bagi meningkatkan ketelusan proses pilihan raya," kata pusat itu.

Rasa positif terhadap kerajan adalah lebih tinggi di kalangan pengundi lebih tua dan paling rendah di kalangan pengundi muda, menurut tinjauan itu yang dijalankan bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

Sejumlah 1,022 pengundi berdafar, terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India, diinterbiu menerusi telefon pada tinjauan itu.

Responden dipilih berasaskan sampling rambang mengikut etnik, jantina dan keadaan kediaman. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain