suria

Wanita Myanmar Ditemui Mati Selepas Bergaduh Dengan Suami

NIBONG TEBAL: Seorang wanita Myanmar maut dipercayai akibat dipukul suaminya di sebuah rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan berhampiran Taman Jawi di sini, Isnin.

Aye Win, 37, ditemui terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah kira-kira 5.40 petang.

"Terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa yang dipercayai dipukul dengan senjata tumpul. Ketika polis sampai di tempat kejadian, mangsa sudah meninggal dunia," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh di sini, Selasa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara pasangan suami-isteri itu akibat salah faham.

Beliau juga berkata suami mangsa dipercayai telah melarikan diri dan pihak polis sedang mengesan lelaki berusia 43 tahun itu yang dipercayai masih berada di sekitar Nibong Tebal.

Sehubungan itu polis meminta orang ramai yang mengetahui di mana lelaki berkenaan berada supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain