suria

Helikopter Bawa Menteri Sumber Asli Mengalami Masalah Enjin

KUCHING: Helikopter yang membawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah dan beberapa orang lagi untuk ke Saribas terpaksa berpatah balik ke pangkalan Hornbill Skyways di sini, Jumaat.

Pemandu pesawat tersebut dilaporkan mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin pesawat itu selepas dua minit mereka berlepas dari pangkalan tersebut.

"Semasa berada di atas kawasan Ibu Pejabat Felcra di Samarahan, kami berpatah balik dan selamat tiba di pangkalan," kata Setiausaha Akhbar kepada Uggah, Affendi Yusuf dalam laman facebooknya mengenai kejadian pada pukul 8.30 pagi itu.

Sehubungan itu, katanya lawatan Uggah untuk bertemu penduduk di kawasan pedalaman di Saribas turut dibatalkan.

Yang turut berada di dalam helikopter itu ialah para pegawai kementerian tersebut dan Anggota Dewan Undangan Negeri Saribas, Mohammad Razi Sitam. -BERNAMA

Artikel Lain