Pembubaran Kita: Bukan Ancaman Kepada BN - Muhyiddin - Semasa | mStar

Pembubaran Kita: Bukan Ancaman Kepada BN - Muhyiddin

KOTA BHARU: Pembubaran parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) bukan menjadi satu ancaman kepada Barisan Nasional (BN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri pada Khamis berkata, parti ‘serpihan’ politik sentiasa dijangka untuk ‘mati’ dan apa yang berlaku pada Kita sudah dijangka.

“Terdapat pemimpian dalam parti-parti ‘serpihan’ mempunyai pendirian politik yang tidak konsisten. Kita tidak tahu apa haluan (Presiden Kita Datuk) Zaid Ibrahim,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan Zaid untuk membubarkan Kita.

Muhyiddin berkata, Zaid meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kemudiannya tidak bersefahaman dengan (Ketua Umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim, lalu menubuhkan Kita.

“Ia tidak penting. Ini tidak menunjukkan apa-apa ancaman besar kepada kita. Mungkin (pembubaran parti itu) adalah lebih baik,” katanya.

Artikel Sebelum

Pelajar Luar Negara Didakwa Edar Kanabis

Artikel Berikut

Pemuda PAS Syak Umno Taja Jati & Dr Hasan Ali

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu

Pilu tiga ibu rayu anak pulang