Tujuh Pondan Ditahan Di Sekitar George Town Ketika Tunggu Pelanggan - Semasa | mStar

Tujuh Pondan Ditahan Di Sekitar George Town Ketika Tunggu Pelanggan

GEORGE TOWN: Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam Sabtu ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Spurs pecat Pochettino!