Hadi Tutup Mulut Calon Pengganti Hasan Ali - Semasa | mStar

Hadi Tutup Mulut Calon Pengganti Hasan Ali

ALOR SETAR: PAS masih berteka-teki mengenai calon pengganti Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu bagi mengisi kekosongan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengelak ketika diajukan soalan mengenai pengganti bagi mengisi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

"Nanti kami beritahu, tunggulah Rabu," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat di sini, Sabtu.

Abdul Hadi juga mengelak ketika ditanya sama ada beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pengisian jawatan itu.

Pada Jumaat, Abdul Khalid mengumumkan bahawa pelantikan Exco baru akan disempurnakan di Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam pada Rabu depan.

Abdul Khalid turut memberitahu bahawa kerajaan negeri belum memperoleh nama secara rasmi daripada PAS dan satu perjumpaan dengan PAS Pusat akan diadakan dalam tempoh dua hari ini.

Hasan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor oleh Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Watikah memaklumkan pembatalan pelantikan beliau akan dihantar oleh pihak istana kepadanya tidak lama lagi.

Minggu lalu, Abdul Hadi mengumumkan pemecatan Hasan berikutan tindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkan kepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.

Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada PAS berikutan kenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yang dianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitu mendaulatkan Islam.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain