suria

Kor Ming Dihadapkan Ke Lembaga Disiplin DAP

KUALA LUMPUR: Jawatnkuasa Disiplin DAP akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kononnya setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming telah menyalahguna kuasanya semasa menjadi anggota exco kerajaan Perak ketika negeri itu diperintah oleh pakatan DAP-PKR-PAS pada 2008.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai memberitahu Bernama pada Rabu bahawa satu aduan telah dibuat kepada jawatankuasa itu oleh cawangan DAP di Greenwood, Ipoh.

"Saya menerima surat aduan itu semalam. Kita akan adakan siasatan minggu depan dengan memanggil pengadu dan Nga," katanya.

Seorang penulis blog, Ahmad Sofian Yahya, telah mendakwa kononnya Nga menyalahguna kuasanya berhubung satu kontrak menyedaikan pakaian pada 2008 semasa beliau menjadi anggota exco yang bertanggungjawab mengenai kerajaan tempatan.

Nga menafikan dakwaan itu dan telah memfailkan saman terhadap Ahmad Sofian semalam. Ahmad Sofian dilaporkan berkata beliau tidak akan menarik kenyataannya itu.

Selain isu melibatkan Nga, jawatankuasa disiplin itu akan juga menjalankan siasatan berhubung satu perhimpunan oleh anggota DAP di Muar bulan lepas yang membantah kepimpinan pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Kumpulan itu dipercayai tidak berpuas hati dengan Boo yang mereka dakwa akan menurunkan calon pilihannya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Bentayan pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Artikel Berikut

AirAsia X Tawar Tambang Murah

Artikel Lain