suria

UPP Kelantan Rampas Pelbagai Jenis Mercun, Bunga Api

TUMPAT: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api selepas menahan sebuah lori di Kampung Dalam di sini awal pagi Jumaat. Komander UPP Kelantan Mazlan Che Hamid berkata, rampasan itu dilakukan pada 6.30 pagi setelah beberapa anggotanya terlihat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan, ketika melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati lori itu membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bersaiz besar dengan jenis terbaharu," katanya pada sidang akhbar, Sabtu.

Barangan rampasan termasuk kenderaan yang dianggar bernilai RM160,000 diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemandu dan kelindan lori melarikan diri selepas meninggalkan lori itu di tepi jalan, katanya sambil menambah siasatan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor palsu dan dipercayai dicuri.

"Kita percaya mercun ini akan dihantar ke luar Kelantan terutama Johor memandangkan kenderaan terbabit didaftarkan di Johor," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Motosikal Terbakar Di Flat

Artikel Lain