suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Doktor

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan seorang doktor, Khamis lepas.

Goh Lan Peng, 67, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Dr Lee Kok Seng, 63, dengan menggunakan sebilah pisau dalam bilik rawatan Klinik Lee, No 29, Jalan Magazine, di sini kira-kira pukul 9.15 malam.

Tertuduh yang didakwa menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada mulanya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Hokkien.

Dia kemudiannya menukar pengakuannya selepas pertuduhan dibacakan kali kedua.

Majistret Noor Aini Yusoof membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Januari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain