suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

22 Wanita Antara 32 Warga Asing Ditahan Dalam Serbuan Di Premis Hiburan

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 32 warga asing termasuk 22 wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO)dalam dua serbuan di premis hiburan, di sini malam tadi.

Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata 22 wanita dari China dan Vietnam itu yang berusia antara 25 dan 30 tahun ditahan dalam serbuan pertama di sebuah pusat hiburan kira-kira 11 malam.

"Kita dapati sebahagian daripada wanita ini menggunakan pas pelajar, namun disalah guna untuk bekerja di pusat hiburan," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya kemudian melancarkan operasi kedua di sebuah premis hiburan di Seremban 2 kira-kira 12.30 malam tadi, dan menahan 10 lelaki warga Myanmar yang didapati bekerja sebagai pelayan bar.

Siasatan awal mendapati mereka ini tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk bekerja di sini, katanya.

"Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Pejabat Imigresen di Senawang untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan susulan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c), Seksyen 55(b) dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain