Kanak-Kanak Lemas Ditemui Terapung Dalam Kolam Takungan Air - Semasa | mStar

Kanak-Kanak Lemas Ditemui Terapung Dalam Kolam Takungan Air

SUNGAI PETANI: Mayat kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan tergelincir ke dalam longkang besar berhampiran rumahnya ketika hujan lebat petang Isnin lepas di Bandar Puteri Jaya Hill Park di sini, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata mayat Mohd Sulaiman Mohd Zakaria dijumpai terapung dalam kolam takungan air di taman perumahan itu pada pukul 7.45 pagi kira-kira 50 meter dari tempat dia terjatuh.

"Gerakan mencari dilakukan oleh 20 anggota polis bersama bomba, penduduk setempat, tentera dan anggota Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan tiga bot," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Isnin, Mohd Sulaiman sebelum itu dikatakan turun ke dalam longkang itu bersama tiga lagi rakannya untuk mandi namun mengambil keputusan untuk naik ke atas semula kerana hujan semakin lebat dan arus air deras.

Bagaimanapun Mohd Sulaiman tergelincir semasa cuba memanjat tebing untuk naik ke atas dan dihanyutkan arus deras ke kolam takungan air berkenaan.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT