Syabu Bernilai RM14.4 Juta Dirampas - Semasa | mStar

Syabu Bernilai RM14.4 Juta Dirampas

GEORGE TOWN: Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warga asing selepas menahan lima lelaki dan merampas 72.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14.4 juta dalam satu serbuan di Batu Maung, di sini 9 Disember lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, tiga lelaki warga Algeria dan dua rakannya warga Iran yang berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan dalam serbuan awal pagi.

Beliau berkata serbuan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang selepas menjalankan intipan serta risikan sejak sebulan lepas.

"Semasa serbuan, lima lelaki berkenaan berada dalam sebuah gudang yang dijadikan stor simpanan dadah terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui dadah yang disembunyikan dalam 242 guni serbuk tanah liat di sebuah gudang yang disewa daripada seorang peniaga tempatan.

"Pemeriksaan lanjut, polis menemui 11 paket dadah jenis syabu seberat 72.1 kilogram yang disembunyikan dalam guni tanah liat itu," katanya.

Noor Rashid berkata sindiket antarabangsa itu menggunakan taktik menyembunyikan bungkusan-bungkusan dadah berkenaan dalam guni serbuk tanah liat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya dadah itu dipercayai diseludup masuk dari pelabuhan di Bandar Abas, Iran ke pelabuhan di negeri ini.

"Sindiket itu telah menggunakan taktik baru bagi mengelak dikesan bagaimanapun hasil kerja keras polis, kita berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah mereka," katanya.

Beliau berkata sindiket itu juga cuba mengalihkan aktiviti penyeludupan dadah iaitu dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Pulau Pinang.

Noor Rashid berkata dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas pelbagai harta benda milik lima lelaki terbabit bernilai RM152,000.

Katanya mereka kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan saki baki anggota sindiket berkenaan," katanya, sambil menambah kejayaan operasi itu juga hasil kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa dadah antarabangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Sultan Mahmud V Sangat Dekat Di Hati Rakyat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain