suria

Polis Kuala Muda Cari Waris Mangsa Langgar Lari

SUNGAI PETANI: Polis sedang mencari waris kepada seorang lelaki yang terbunuh dirempuh dalam satu kejadian langgar lari ketika melintas jalan di Km 89.4, Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, malam Khamis.

Jurucakap polis berkata mangsa yang berkulit gelap berusia lingkungan 50-an dan berambut pendek serta mempunyai sedikit janggut.

Lelaki itu memakai baju T-shirt lengan panjang warna biru dan berseluar panjang warna coklat.

Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Insp Fazli Kasan Muilin di talian 019-2686871 atau cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain