Agong Rasmikan Kompleks Baru Mahkamah Syariah WP - Semasa | mStar

Agong Rasmikan Kompleks Baru Mahkamah Syariah WP

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis merasmikan bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Jalan Hartamas di sini.

Seri Paduka, yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Tan Sri Ibrahim Lembut, turut meluangkan masa melawat ke ruang galeri bangunan badan kehakiman syarie.

Mahkamah baru itu dibina pada 10 April 2006 dan siap pada 31 Mei 2011 dengan kos pembinan RM96 juta.

Jamil Khir, dalam ucapannya, berkata semasa penubuhan Mahkamah Syariah pada 1 Feb 1974, terdapat beberapa pegawai termasuk Hakim Syarie sahaja namun kini bilangannya bertambah kepada 130 orang termasuk Ketua Hakim Syarie, tiga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan enam Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Badan kehakiman itu memulakan operasinya di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Jalan Ampang, sebelum berpindah ke Bangunan Jabatan Kerja Raya di Jalan Tun Abdul Razak dan berpindah pula ke Bangunan Baitulmal di Jalan Ipoh pada 1983 disusuli Bangunan Sulaiman di Jalan Damansara pada 1990 sebelum berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Hartamas.

Ibrahim yang ditemui pemberita kemudian berkata perpindahan ke bangunan baru itu membolehkah Mahkamah Syariah menambah hakim syarie bagi menyelesaikan kes-kes yang melebihi tempoh tiga tahun dengan lebih cepat.

Beliau berkata, terdapat 11 dewan Mahkamah Rendah, enam dewan Mahkamah Tinggi dan sebuah dewan Mahkamah Rayuan yang boleh mempecepatkan lagi proses itu.

"Kalau dahulu kita hanya boleh mendengar perbicaraan di empat dewan, sedangkan perbicaraan terlalu banyak, tetapi pada hari ini kita boleh dengar enam hingga 11 kes dalam satu-satu masa dengan adanya tambahan dewan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bekas Pemangku Raja Perlis Mangkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain