suria

SPRM Tubuh Unit Khas Untuk Banteras Rasuah

Oleh LOURDES CHARLES

KUALA LUMPUR: Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan unit khas untuk mengurangkan risiko gejala rasuah di kalangan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi penguatkuasaan.

Unit Pemeriksaan dan Perundingan yang dianggotai oleh lebih 60 pegawai terlatih dalam pelbagai bidang akan mengenal pasti dan memberi cadangan bagi membanteras rasuah.

“Kita memerlukan kaedah dan pendekatan baru dalam mengurangkan risiko rasuah dan cara yang lebih baik untuk mengenal pasti dan membaiki kekurangan di dalam sistem sedia ada,” dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed kepada The Star.

Bagaimanapun, beliau menambah adalah mustahil untuk membanteras rasuah secara keseluruhan, namun gejala tersebut sudah pasti dapat dikurangkan.

Pendekatan dan kaedah baru yang digunakan oleh SPRM mendapat tindak balas yang baik.

Artikel Sebelum

YDP Sarawak Dilantik Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain