suria

Cadangan Suhakam Untuk Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta kerajaan mempertimbangkan beberapa cadangan sebelum rang undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan di Parlimen.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata antara cadangan itu ialah mengkaji semula larangan perhimpunan dalam jarak 50 meter dari tempat yang dilarang kerana ia tidak praktikal dan tidak realistik di kebanyakan bandar dan peruntukan mengenai penyertaan kanak-kanak memandangkan adanya obligasi perjanjian di bawah konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Ia juga meminta supaya dikaji semula Fasal 19 yang menganggap penganjur sebagai seseorang yang menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan, atau menjemput atau merekut peserta atau penceramah bagi perhimpunan.

"Mereka adalah menjalankan hak asasi demokratik dan tidak patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya sekiranya berlaku apa-apa ketidakpatuhan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. - BERNAMA

Artikel Lain