suria

Masjid Negara Anjur Seminar Keibubapaan 3 Disember Ini

KUALA LUMPUR: Masjid Negara dengan kerjasama Akademi Minda Bestari akan menganjurkan Seminar Keibubapaan 2011 bertajuk Membantu Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan pada 3 Disember ini di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan hari ini berkata program sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dalam mendekati serta memahami anak-anak mereka yang membesar dalam era kemajuan teknologi, Jumaat.

"Melalui penganjuran program ini ia mampu memberi maklumat atau garis panduan kepada ibu bapa bagaimana untuk meningkatkan daya intelek, mengenal potensi, pengurusan diri dan pemantauan jadual pembelajaran anak-anak mereka.

"Kebanyakan ibu bapa hari ini akan bekerja keras untuk memastikan anak-anak mereka memperoleh apa yang tidak dimiliki pada zaman mereka dahulu sehingga ada yang terlupa bahawa kepentingan material tanpa keseimbangan nilai kerohanian, intelek serta emosi hanya akan merosakkan masa hadapan anak-anak mereka," katanya.

Menurut kenyataan itu, ibu bapa juga berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pendekatan teknik belajar yang sesuai serta memahami kepentingan komunikasi dua hala dalam membentuk komunikasi yang lebih berkesan.

Sebarang keterangan lanjut hubungi talian 03-26937784 atau layari www.masjidnegara.gov.my/portal. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain