suria

Jetstar Asia Tawar Penerbangan Tambahan Semasa Tahun Baru Cina Nanti

SINGAPURA: Syarikat tambang murah, Jetstar akan menawarkan penerbangan pergi balik pada laluan Singapura-Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan pengembaraan semasa Tahun Baru Cina 2012.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat, syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa kedua-dua Singapura dan Malaysia akan merayakan perayaan itu pada 23 dan 24 Januari.

Kata kenyataan itu lagi, penduduk kedua-dua negara dijangka mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti umum berikutnya bagi mengembara ke destinasi liburan berdekatan.

Penerbangan tambahan itu adalah tambahan kepada perkhidmatan pergi balik harian sedia ada antara kedua-dua bandaraya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain