Muhyiddin Cadang NFC Sendiri Beri Penjelasan Isu Pusat Fidlot - Semasa | mStar

Muhyiddin Cadang NFC Sendiri Beri Penjelasan Isu Pusat Fidlot

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarikat yang diterajui anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, perlu tampil memberi penjelasan berhubung isu membabitkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu perlu kerana pada masa ini, banyak perkara dan maklumat berkaitan NFC telah didedahkan dan ia menimbulkan persoalan kepada rakyat.

"Sekarang ini telah dijelaskan oleh kerajaan...mungkin satu peringkat, itu terserah kepada pihak yang terlibat untuk memberi penjelasan supaya kedudukannya lebih jelas difahami oleh masyarakat (umpamanya) bagaimana isu itu timbul, bagaimana nak tangani, bagaimana soal situasi industri ternakan dan respon kepada Laporan Ketua Audit Negara...itu terserah kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas diminta mengulas mengenai gesaan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, supaya Shahrizat meletak jawatan berikutan pembabitan ahli keluarganya dalam isu NFC.

Muhyiddin berkata isu NFC itu telah dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar minggu lepas dan perkara itu sepatutnya diterima baik oleh pihak-pihak berkaitan.

Ditanya mengenai gesaan Bung Moktar supaya Shahrizat meletakkan jawatan atau memberikan penjelasan mengenai isu tersebut, Timbalan Perdana Menteri berkata :

"Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (anggota Barisan Nasional) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat.

"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya.

Di KUALA LUMPUR, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan agar Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Shahrizat, memberi penjelasan kepada Anggota Parlimen mengenai isu itu.

"Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail perlu beri taklimat, penerangan dan menjawab mengenai isu-isu yang timbul serta tuduhan yang dilemparkan kepada mereka, (umpamanya) berapa banyak duit, ke mana duit itu dibelanjakan...Itu yang diperlu ditanya terus kepada mereka yang terlibat," katanya pada pemberita selepas merasmikan seminar "Sains dan Nilai : Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian" di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ketika diminta mengulas isu pembelian kondominium mewah menggunakan wang NFC, Abdullah berkata itu antara soalan baik yang perlu ditanya sendiri kepada Mohamad Salleh.

NFC yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek ternakan lembu kebangsaan dengan modal dana berjumlah RM250 juta, didakwa menggunakan dana itu untuk membeli kondominium bernilai RM9.8 juta di Bangsar.

Mengenai desakan agar Shahrizat meletak jawatan, Abdullah berkata itu tidak wajar.

"Apa kena mengena Shahrizat dalam isu ini? Ini soal suami dia. Kalau Sharizat yang jadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, bolehlah tanya tetapi jelas dia tidak terlibat. Tidak adillah melibatkan beliau," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau akan meneliti pelawaan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai penyalahgunaan wang peruntukan projek NFC.

"Saya akan bincang perkara itu dan maklumkan tarikh kemudian," katanya kepada pemberita pada Selasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kemunculan Jamal Abdillah Gamatkan PWTC

default image

300,000 Mohon Jadi Anggota Sukarelawan KBS

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain