Dua Lelaki Ditahan Selepas Menyamun Pemandu Kereta - Semasa | mStar

Dua Lelaki Ditahan Selepas Menyamun Pemandu Kereta

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menyamun seorang pemandu kereta di Jalan Parlimen di sini awal pagi Sabtu berjaya ditahan di Jalan Ipoh tidak lama kemudian.

Kedua-duanya yang berumur sekitar 30-an yang menaiki sebuah motosikal ditahan polis selepas menyamun pemandu berkenaan yang berumur 64 tahun dalam kejadian 4 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, kedua-dua suspek menyamun pemandu itu setelah menahan kereta mangsa. Mereka mendakwa mangsa telah melanggar motosikal mereka dan meminta ganti rugi.

"Mangsa yang panik dengan keadaan itu terus mengikut arahan tersebut dengan menyerahkan sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM30.

"Namun mangsa kemudiannya naik berang dengan tindakan kedua-dua suspek, lalu mengejar mereka dengan keretanya hingga ke Jalan Ipoh sebelum keretanya bergesel dengan motosikal suspek," katanya.

Beliau berkata akibat geselan itu, kedua-dua suspek jatuh ke atas jalan dengan salah seorang daripada mereka cedera di tangan. Seorang lagi suspek yang berang dengan kejadian itu telah memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya, katanya.

Zakaria berkata pada masa yang sama, sebuah kereta peronda polis melalui kawasan itu dan akhirnya menahan kedua-dua suspek. Beliau berkata kedua-duanya kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Motosikal yang dinaiki suspek didapati merupakan motosikal curi, katanya. Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, tambahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain