Akhbar Australia Akui Laporan Mengenai Anak Gadis Najib Tidak Benar - Semasa | mStar

Akhbar Australia Akui Laporan Mengenai Anak Gadis Najib Tidak Benar

PETALING JAYA: Akhbar The West Australian mengakui bahawa laporan mengenai anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Perth ketika beliau menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan berbelanja besar adalah tidak benar.

Dalam kolum Corrections and Clarification pada Khamis, akhbar tersebut mengakui bahawa anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu.

Pada Isnin, akhbar itu mendakwa anak gadis Perdana Menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) ketika membeli-belah di David Jones, antara pusat membeli-belah terbesar di Australia.

Akhbar Australia itu melaporkan peniaga membuat keuntungan besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Laporan itu memetik Pengarah Negeri CHOGM, Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan membeli-belah diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat yang ketat.

Laporan bertajuk 'Delegates go shopping and sightseeing '(perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) kemudian disiarkan beberapa portal berita dan laman sosial di negara ini.

Najib dalam Twitternya pada Rabu menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadap anak gadis dan isterinya.

'Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya tidak membeli apa pun barang kemas," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang sedang mengerjakan haji di Mekah meminta orang ramai tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan tersebut.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin