suria

Kerajaan Tanggung Kerugian Operasi RAS Lebih RM249 Juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM249,095,400 untuk membiayai keseluruhan kerugian operasi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat berkata, kerugian itu adalah bagi tempoh 1 Ogos 2006 hingga 30 September 2007 yang ketika itu dikendalikan syarikat Fly Asian Xpress (FAX), anak syarikat AirAsia.

"Kerugian itu membabitkan tanggungan sewa pajakan bagi pesawat-pesawat yang digunakan untuk RAS," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman yang ingin mengetahui jumlah subsidi yang diberikan kepada AirAsia semasa mereka melaksanakan perkhidmatan RAS.

Jelaing berkata, pengendalian operasi RAS terpaksa diberikan kepada anak syarikat penerbangan Malaysia (MAS) MASWings Sdn Bhd, selepas menerima rungutan pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan FAX.

Tambahnya, selepas perkhidmatan itu diambil-alih MASWing, kerajaan berjaya menjimatkan perbelanjaan subsidi sebanyak 50 peratus untuk menanggung operasi RAS.

Artikel Lain