suria

Najib Pulang Dari Hadiri CHOGM Di Perth

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Ahad pulang dari menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9 malam.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Najib adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan "Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global", dengan sub-tema "Wanita Sebagai Agen Perubahan". -BERNAMA

Artikel Lain