suria

Wang Tiket Akan Dikembalikan Jika Tren Lewat Lebih 30 Minit

PETALING JAYA: Mulai sekarang, KTM Komuter akan membayar balik wang tiket penumpang sepenuhnya jika perkhidmatan kereta apinya terkandas lebih daripada 30 minit.

Penumpang juga akan diberikan pilihan sama ada mahu menerima tiket ganti perjalanan sehala atau memilih untuk menerima bayaran semula dalam tempoh 24 jam di mana-mana stesen KTM Komuter.

Pengurus Besar KTM Komuter, Mohd Hider Yusoff berkata, sebelum ini, KTM hanya akan memulangkan semula bayaran tiket sekiranya perkhidmatan kereta api tergendala untuk lebih dari dua jam.

"KTM adalah komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang kami dan sekiranya kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan tepat pada masanya, kami berhasrat untuk memulangkan semula wang tambang yang telah dibeli kepada para penumpang sepenuhnya," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, ramai penumpang bersedia untuk menunggu sekiranya kelewatan itu cuma setengah jam.

Jelas beliau, polisi tersebut sudah dilaksanakan sejak tahun lalu tetapi masih ramai penumpang yang tidak mengetahuinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain