Pelajar M'sia Di Indonesia Dinasihat Berhati-hati - Semasa | mStar

Pelajar M'sia Di Indonesia Dinasihat Berhati-hati

KUANTAN: Pelajar Malaysia di Indonesia telah dinasihatkan supaya berdiam diri dan tidak termakan provokasi yang ditunjukkan oleh rakyat negara itu dalam isu persempadanan di sempadan Kalimatan-Malaysia.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata, mereka hendaklah sentiasa berwaspada dan menghubungi wakil kedutaan mahupun pegawai kementerian di sana dari semasa ke semasa.

Saifuddin menegaskan, jika tidak berhati-hati para pelajar Malaysia di Indonesia akan dengan mudah terheret sama dalam perbalahan isu tersebut.

"Oleh yang demikian, adalah lebih selamat untuk para pelajar kita tidak melibatkan diri dalam apa jua bentuk provokasi dan memperlihatkan sikap berprofil rendah," kata Saifuddin selepas melancarkan kejohanan bola keranjang antara varsiti di Universiti Malaysia Pahang dekat Gambang di sini.

Saifuddin berkata para pelajar Malaysia yang tinggal di luar Jakarta misalnya perlu sentiasa berkomunikasi dengan pejabat kedutaan atau wakil kementerian di Jakarta untuk tujuan keselamatan.

Isu antara Malaysia dan Indonesia kembali hangat apabila sekumpulan rakyat Indonesia yang tidak berpuashati telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta kerana kononnya mendakwa Malaysia telah mengubah batu sempadan di Kalimantan.

Bagaimanapun Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono pada Jumaat memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bahawa tidak ada wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat, yang diambil oleh Malaysia sebagaimana yang didakwa.

Artikel Sebelum

Pelajar Hilang Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain