suria

Murid Tahun Enam Mati Lemas Dalam Lombong

LANGKAWI: Seorang murid lelaki Tahun Enam mati lemas selepas tergelincir ke dalam lombong kuari pasir di di Kampung Gelam Kedawang di sini petang semalam.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi Yaakob Hassan hari ini berkata mayat Mohd Aiman Ali, 12, ditemui oleh orang awam kira-kira sejam selepas dia tergelincir ke dalam lombong itu pada pukul 4 petang semalam.

Katanya Mohd Aiman tergelincir ke dalam lombong itu semasa hendak membersihkan belakang bajunya yang kotor ketika bermain dengan dua rakannya di kawasan lombong itu.

Rakannya Mohd Akif Danial Ridzuan, 10, berkata dia dan rakannya cuba menyelamatkan Mohd Aiman tetapi gagal dan telah meminta bantuan orang ramai. - BERNAMA

Artikel Lain