Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor Kecoh - Semasa | mStar

Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor Kecoh

KUALA SELANGOR: Mesyuarat Agong Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di sini Ahad kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan.

Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Beliau berkata apabila membaca dan meneliti minit mesyuarat yang dibentangkan dalam mesyuarat kali ini, nama dua individu yang menyemak penyata kira-kira itu bukan beliau dan seorang lagi ahli yang dilantik iaitu Mohd Sharif Ismail.

Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti.

Beliau berkata apabila meneliti nama individu yang menyemak penyata itu, beliau mendapati individu terbabit memegang jawatan dalam parti dan menurut perlembagaan parti pemeriksa kira-kira tidak boleh memegang sebarang jawatan.

Dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang.

Cadangan Abdul Khalid itu dipersetujui oleh majoriti ahli yang hadir mesyuarat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL