suria

Belanjawan Bantu Rakyat Malaysia Hadapi Peningkatan Kos

KUALA LUMPUR: United Overseas Bank berkata Belanjawan 2012 telah memberikan fokus yang besar kepada pembangunan luar bandar dan membantu rakyat Malaysia menghadapi peningkatan kos.

"Inflasi yang tinggi telah menyukarkan Malaysia mengurangkan subsidi."

"Kerajaan menganggarkan kenaikan kecil perbelanjaan subsidi kepada RM33.2 bilion pada 2012 daripada RM32.8 bilion pada 2011, yang menjangkakan tiada rancangan pemotongan yang besar subsidi pada tempoh jangka dekat," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Katanya pengecilan defisit belanjawan pada 2012 dicapai sebahagian besarnya oleh jangkaan peningkatan perolehan kerajaan.

"Dengan itu, kemelesetan yang kecil daripada jangkaan pada ekonomi maju berikutan perolehan cukai perolehan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang lebih kecil akan menolak naik semula defisit belanjawan di atas paras 5.0 peratus KDNK pada 2012 dan meningkatkan semula penggabungan fiskal di Malaysia."

Unjuran defisit lebih rendah 4.7 peratus pada 2012 daripada 5.4 peratus pada tahun ini menunjukkan bahawa belanjawan kurang dikembangkan daripada jangkaan bank sebelum pilihanraya sebelum Mac 2013.

Mengenai anggaran pertumbuhan 5.0 - 5 5 peratus pada 2011 dan 5.0 - 6.0 peratus bagi 2012, bank itu berkata ini lebih optimis daripada unjuran 4.8 dan 4.9 peratus masing-masing bagi 2011 dan 2012.

Mengenai kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) kepada 10 peratus terhadap pelupusan hartanah dalam tempoh dua tahun, katanya "Langkah dasar ini berada pada jangkaan pasaran yang timbul daripada kebimbangan mengenai spekulasi hartanah yang menjadikan pemilikan rumah melangkaui kumpulan berpendapatan rendah kepada sederhana. - BERNAMA

Artikel Lain