suria

Bajet 2012: Warga Emas Dikecualikan Caj Pendaftaran Pesakit Luar

KUALA LUMPUR: Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi membayar caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan mulai 1 Januari 2012, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata caj pendaftaran itu turut dikecualikan apabila warga emas mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia dan Klinik Pergigian milik kerajaan.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib berkata kerajaan tidak pernah melupakan kebajikan warga emas terutamanya untuk mendapatkan kemudahan awam seperti perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan.

"Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain