Institusi Pendidikan Kita Perlu Bertaraf Dunia - Semasa | mStar

Institusi Pendidikan Kita Perlu Bertaraf Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia bukan hanya memerlukan sistem pendidikan yang mendidik modal insan yang kreatif dan analitikal, tetapi juga untuk membangunkan institusi pendidikan bertaraf dunia dengan kepimpinan kelas dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini selaras dengan langkah kerajaan ke arah ekonomi berdasarkan inovasi.

"Kita sedang mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan lebih ramai orang muda untuk memikirkan yang tidak dapat difikirkan dan menjalin satu tindakan baru yang tegas - mencorakkan satu sokongan ekosistem yang mewujudkan peluang baru dan membiayai untuk inovasi," kata beliau dalam ucapan pada majlis makan malam "Pelajar Dalam Keusahawanan Bebas (SIFE) Piala Dunia 2011" di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.

Najib juga berkata kerajaan Malaysia berazam untuk melakukan segala-galanya untuk menyokong inovasi dengan mewujudkan satu persekitaran di mana perbadanan, pertubuhan penyelidikan dan individu adalah lebih baik melibatkan diri dalam aktiviti inovasi.

"Langkah-langkah untuk mencapai ini termasuk membangunkan modal insan, pelaburan dalam inovasi infrastruktur dan mendidik lapangan baru menerusi inkubator," katanya.

Najib mahu melihat lebih banyak inovasi yang mampu dikomersilkan dan menggesa sektor swasta tampil untuk bekerjasama dengan universiti dan sekolah untuk mengadakan inovasi produk baru dengan potensi ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kebajikan masyarakat.

"Tetapi kejayaan agenda inovasi kita akan bergantung pada kemampuan kita untuk menilai keterbukaan, pemikiran yang kritikal dan menggalakkan menghadapi risiko dan mengeksprimen - kerana kadang-kadang kita semua menjadikannya salah sebelum memperbetulkannya," kata beliau.

Mengenai pendidikan, Najib berkata terdapat keperluan untuk memperbaharui sistem pendidikan untuk mencungkil kemahiran dan bakat serta bagi mengeluarkan individu yang serba boleh yang intelektual, bersemangat dan mempunyai kesedaran.

"Pencapaian tidak bagus dalam pendidikan hari ini, akan menyebabkan kesan negatif kepada negara pada masa akan datang, kerana tahap pendidikan tinggi sentiasa seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat," kata beliau. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain