Kastam Guna Sistem RFID Tingkatkan Sistem Pengendalian Kontena - Semasa | mStar

Kastam Guna Sistem RFID Tingkatkan Sistem Pengendalian Kontena

GEORGE TOWN: Dalam usaha untuk meningkatkan sistem pengendalian kontena secara efisien di tujuh lokasi pemeriksaan di seluruh negara, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan melaksanakan Sistem Keselamatan dan Fasilitasi Perdagangan menggunakan Sistem Frekuensi Radio (RFID) mulai 1 Oktober ini.

Tujuh lokasi itu ialah Kompleks Kargo Kedua Pulau Pinang; Bukit Kayu Hitam, Kedah; Telok Panglima Garang, Selangor; Zon Bebas Sungei Way, Kuala Lumpur; Tanjong Kupang dan Tanjong Pelepas, Johor; serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan & Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata pelaksanaan sistem itu akan memberi penekanan kepada keselamatan perdagangan merentasi sempadan.

"Sistem ini meningkatkan kecekapan pelepasan kontena, mengurangkan kesesakan serta memendekkan tempoh masa penghantaran.

"Ia juga menambah baik keselamatan melalui pengesanan automatik kontena terbuka dan mengoptimumkan sumber manusia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sistem Keselamatan dan Fasilitasi Perdagangan menggunakan teknologi Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) di Kompleks Kargo Kedua di Batu Maung, di sini, Isnin. Beliau berkata pelaksanaan sistem itu juga akan mengurangkan masa beratur 47 minit per kontena iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus masa dapat dijimatkan di pusat pemeriksaan Kastam bagi pemindahan yang menggunakan Borang Kastam Nombor 8.

Matrang berkata kejayaan ini adalah hasil kerjasama perkongsian pintar antara KDRM dan Smartag Solutions Berhad.

"Dengan adanya sistem itu, ia akan melicinkan aktiviti import eksport terutama di Pulau Pinang dan meningkatkan daya saing negara dan KDRM dalam memberi fasilitasi perdagangan bertaraf dunia," katanya.

Beliau berkata sehingga Ogos lepas Kastam mencatatkan 1,747 pergerakan kontena di tujuh lokasi pemeriksaan Kastam yang dipasang sistem itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Kanak-Kanak Maut Disengat Tebuan

Artikel Berikut

Kedai 1Malaysia Akan Dibuka Di Seluruh Negara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain