suria

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan.

Ia merupakan mesyuarat kali ketiga dalam tahun ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Pada petang ini, Muhyiddin dijadual mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Bekalan dan Harga. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain