Pemansuhan ISA Galak Fikiran Intelek Rakyat - Abdullah - Semasa | mStar

Pemansuhan ISA Galak Fikiran Intelek Rakyat - Abdullah

KOTA BARU: Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 bakal memberi kebebasan kepada masyarakat untuk memperkembangkan fikiran intelek tanpa sekatan atau ketakutan bahawa undang-undang itu akan digunakan terhadap mereka, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, usaha menghapuskan ISA itu merupakan antara usaha kerajaan pimpinannya dahulu, antara 2003 dan 2008, yang disambung oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menegakkan lagi hak asasi manusia. Abdullah berkata, biarpun mendapat tentangan daripada dalam dan luar sewaktu kepimpinannya, beliau sempat menjayakan tiga perundangan yang memberi perubahan kepada undang-undang berkaitan dengan pencegahan rasuah, pelantikan hakim dan integriti agensi penguatkuasa.

"Saya cukup bangga dengan tindakan Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA. "Tetapi perjalanan ke arah mencapai matlamat penuh Najib mungkin juga dihadapi cabaran-cabaran seperti saya dahulu. Tugas seorang yang membawa pembaharuan bukan mudah," katanya dalam ucapan balasnya selepas menerima ijazah kehormat Doktor Keusahawanan Dalam Pembangunan Modal Insan sempena majlis konvokesyen pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, Isnin.

Abdullah berkata, menentang peralihan zaman akan membawa rebah dan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pastinya mahu memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara dengan lebih kebebasan kerana ia amat perlu untuk membina modal insan yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti.

Justeru beliau berharap barisan kepimpinan parti politik BN akan memberi sokongan penuh kepada Najib untuk merealisasikan perjuangan membawa perubahan.

"Saya harap tidak akan ada mereka menentang dalam senyap, seperti gunting dalam lipatan, kerana dasar beliau (Najib) ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara pada jangka masa panjang," kata beliau.

"Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan mendalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan Enakmen Darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan," katanya.

Pada Khamis lalu, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga proklamasi darurat lain sempena sambutan Hari Malaysia dan berkata kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan dua akta baru yang lebih sesuai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PAS Tak Akan Sokong Usaha Tukar Jalur Gemilang

Artikel Berikut

Peniaga dan Pemandu Didakwa Tipu RM200 Ribu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain