Isu Gereja: MB Selangor Menghadap Sultan Sharafuddin - Semasa | mStar

Isu Gereja: MB Selangor Menghadap Sultan Sharafuddin

PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika difahamkan bagi mempersembahkan laporan siasatan berkaitan kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Menurut sumber, pertemuan tersebut diadakan secara tertutup.

"Menteri Besar menghadap Sultan Selangor pagi ini. Pertemuan tersebut atas urusan rasmi,” kata sumber itu kepada mStar Online.

Ketika ditanya butiran mengenai pertemuan tersebut, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kenyataan rasmi mengenainya akan diberikan kemudian," katanya.

Khamis lepas, JAIS mengesahkan kertas siasatan berhubung kes pemeriksaan ke atas DUMC telah selesai dan akan diserahkan kepada Khalid sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan kerja ke Jerman.

Pengarahnya, Marzuki Hussin dipetik sebagai berkata, kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober depan. Pada 3 Ogos lepas, JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat terdapatnya orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran atau 'thanksgiving' di gereja berkenaan. Sehubungan itu, JAIS telah memanggil seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis anjuran DUMC itu untuk diambil keterangan bagi menyiasat dakwaan berlakunya kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis tersebut.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Khalid campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung pemeriksaan yang dilakukan pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Artikel Sebelum

ISA: Tunggu Undang-undang Baru Sebelum Pertikai

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain