suria

Tiga Angkat Sumpah Senator

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP)Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai,Pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, Subramaniam Veruthasalam dan Ketua Wanita MIC Selangor S.Bagiam mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, Isnin.

Upacara itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Chiw, 54, yang juga Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, dilantik semula selepas penggal pertamanya berakhir pada 2008.

Subramaniam, 56, dan Bagiam, 52, pula dilantik sebagai Senator buat pertama kali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zuraida Tak Gentar Saman KDN

Artikel Berikut

Artikel Lain