suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Sambut Hari Asean Dengan Tambang Istimewa

KUALA LUMPUR: AirAsia akan menawarkan penerbangan ke destinasi-destinasi dalam Asean dan Malaysia pada kadar diskaun sempena sambutan Hari ASEAN pada 8 Ogos ini.

Ketua Bahagian Komersial Serantaunya, Kathleen Tan, berkata: "Dari kota metropolitan Singapura hinggalah ke kuil purba Borobudur, rantau Asean mempunyai begitu banyak destinasi menakjubkan bagi pelancong dan pengembara.

"Sebagai sebuah syarikat penerbangan Asean, tiada cara yang lebih baik bagi kami menyambut Hari ASEAN dan pada masa yang sama, menghadiahkan diskaun istimewa kepada penumpang-penumpang kami melalui rangkaian kami yang luas dalam rantau ini," katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

AirAsia berkata tempoh tempahan ialah dari 8 hingga 14 Ogos, 2011, bagi tempoh perjalanan dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2012.

Mereka yang berminat boleh melayari airasia.com atau mobile.airasia.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

245,376 PATI Didaftar

Artikel Lain