suria

Agong Berbuka Puasa Bersama Warga TUDM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat ke majlis berbuka puasa bersama anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Sungai Besi di sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Zain, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Lebih 1,500 anggota tentera daripada pelbagai pangkat dan jabatan hadir pada majlis berbuka puasa itu.

Selepas majlis berbuka puasa, Tuanku Mizan bersama-sama jemputan lain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain