suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Hasbullah Timbalan Panglima Tentera Darat Yang Baru

KUALA LUMPUR: Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat berkuatkuasa 1 Ogos lalu.

Beliau mengisi jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat yang dikosongkan oleh Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang kini Panglima Tentera Darat.

Manakala bekas Panglima 4 Divisyen Tentera Lt Jen Datuk Zulkiple Kassim dinaikkan pangkat sebagai Panglima Medan Tentera Darat yang baru menggantikan Ahmad Hasbullah berkuatkuasa Khamis.

Acara penyerahan tugas itu yang disaksikan Panglima Tentera Darat Datuk Zulkifli Zainal Abidin diadakan dengan penuh istiadat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam Rabu.

Buat pertama kali, upacara perbarisan itu diadakan bermula pukul 10 malam sempena bulan Ramadan yang disertai oleh 15 pegawai dan 440 anggota di bawah divisyen itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain