UPP Rampas 1,000 Liter Minyak Bersubsidi Dipercayai Cuba Diseludup Ke Negara Jiran - Semasa | mStar

UPP Rampas 1,000 Liter Minyak Bersubsidi Dipercayai Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis merampas 1,000 liter bersubsidi yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran selepas menyerbu sebuah gudang di Kampung Kolam dekat sini Rabu.

Komandernya Deputi Supritendan (DSP) Zakaria Abdul Rahman berkata pasukan UPP Padang Besar minyak itu ditemui oleh pasukan UPP Padang Besar yang diketuai oleh komandernya Asisten Supritendan (ASP) Noor Janihan Nanyan, selepas memeriksa premis tidak bernombor itu yang sebelum ini juga pernah diserbu oleh pasukan itu.

Beliau yang ditemui di Kem UPP Padang Besar berkata penyeludup terbabit menambat seekor anjing garang di hadapan gudang itu untuk berkawal, dan ia menyebabkan kehadiran pihak berkuasa di premis tersebut pada kira-kira pukul 12 tengah hari, disedari lebih awal oleh penyeludup berkenaan.

Menurutnya penyeludup dipercayai terdiri daripada tiga lelaki tempatan yang dilihat melarikan diri ke dalam semak selepas anjing itu menyalak dengan kuat apabila melihat ketibaan pihak berkuasa.

Zakaria berkata petrol dan barang-barang yang berkaitan termasuk tangki, tong drum, tong plastik dan alat penyedut minyak telah dirampas dan dibawa ke Kem UPP Padang Besar, dan beliau menganggar nilai rampasan itu RM5,280 termasuk petrol bersubsidi yang bernilai RM1,900.

Beliau berkata semua barang kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut, dan kes sedang disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain