suria

Ribut Nock-Ten Ragut 50 Nyawa

PETALING JAYA: Ribut tropika yang membawa hujan lebat di Asia setakat ini mengorbankan lebih 50 orang.

Di Filipina, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala 31 lagi dilaporkan hilang dalam kejadin banjir dan tanah runtuh akibat fenonema ribut troipka yang melanda wilayah itu.

Ribut yang dikenali sebagai Nock-Ten dijangka mmengakibatkan lebih banyak kerosakan di kawasan pergunungan utara Pulau Luzon manakala Manila pula dilanda hujan lebat.

Di Korea Selatan, kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat yang melanda negara itu menyebabkan 28 orang terbunuh dan beratus-ratus kediaman musnah dalam banjir terburuk pada abad ini.

Banjir itu turut menenggelamkan beberapa jalan utama.

Di Pakistan, pasukan bantuan, OXfam memberi amaran bahawa negara itu akan berdepan ancaman lain pada musim tengkujuh ini.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 1,750 terbunuh dalam banjir lumpur itu.

Sementara itu, Nock-Ten dijangka membawa hujan lebat dan ribut kencang ke utara Sabah, Pahang dan Selangor dalam tempoh dua hari lagi, kata jurucakap Jabatan Meteorologi.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai fenomena itu kerana Malaysia hanya menerima kesan kecil.

"Amaran kepada fenomena itu turut dikeluarkan di Kudat, barat daya Sabah, Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu.

"Keadaan cuaca sedemikian amat berbahaya untuk bot kecil, sukan air dan aktiviti rekreasi.

Kawasan yang terjejas akan menerima kesan angin berkelajuan antara 40 hingga 50kph dan ombak setinggi 3.5 meter sehingga Ahad ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain