suria

Pakai Baju Bersih, Ahli Parlimen Bakri Ditahan

MUAR: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menjadi wakil rakyat keempat yang ditahan kerana memakai kemeja T, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Beliau ditahan pada pukul 8.30 malam Khamis ketika menghadiri majlis memperingati kematian mendiang Teoh Beng Hock di Muar.

Difahamkan kemeja T yang dipakainya turut dirampas oleh pihak polis.

Beliau kemudiannya dibebasan pada pukul 1 pagi Jumaat.

Pada 3 Julai lalu, Teck Hwa dan lima ahli DAP turut ditahan kerana mengedarkan risalah berkenaan Perhimpunan Bersih yang diadakan Sabtu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain