suria

Polis Rampas 36 Bom Petrol Dipercayai Ada Kaitan Dengan Bersih

,b>Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (dua, kiri) menunjukkan barang rampasan yang dipercayai digunakan dalam perhimpunan haram Bersih Sabtu ini, semasa sidang media Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK) di sini, Selasa. Antara barang yang dirampas ialah baju tertera tulisan Bersih 2.0, parang, molotov, pemetik api dan biji bearing dan ditemui oleh seorang lelaki orang Asli di sebuah tokong Cina di Jalan Lama Gombak Bentong. -Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.

"Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Selasa.

Beliau berkata barangan berkenaan berkemungkinan ada kaitan dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Tun Hisan berkata taktik menyembunyikan senjata seperti itu menyerupai apa yang dibuat oleh gerakan Komunis satu ketika dahulu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan dibuat. "Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.

"Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya.

Tun Hisan berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44 tangkapan. -BERNAMA

Artikel Lain