KOTA TINGGI: Sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing, karam di perairan Tanjung Pengelih dekat sini kira-kira 4.30 pagi Rabu.Setakat ini, sebelas mangsa berjaya diselamatkan manakala 18 lagi masih hilang, menurut jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan. BERNAMA