suria

Jins Shamsudin Mahu Umno Sisihkan Individu Cetus 'Huru-Hara'

YAN: Anggota Umno yang sengaja mewujudkan situasi huru-hara dalam parti merupakan individu bermasalah yang meletakkan kepentingan sendiri mengatasi parti dan perlu disisihkan, kata pelakon dan pengarah filem terkenal Tan Sri Jins Shamsuddin.

Jins, yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Taiping, berkata Umno perlu dibersihkan daripada individu yang mempunyai sifat sebegini kerana kehadiran mereka hanya merosakkan parti.

"Pemimpin Umno perlu sentiasa bersatu padu dan saya yakin mereka tidak akan berpecah belah hanya kerana satu atau dua individu yang mempunyai kepentingan diri.

"Undang-undang untuk mengawal mereka memang ada tetapi perpaduan yang lahir dari kesedaran diri sendiri lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada majlis ceramah perdana sempena ulang tahun Umno ke-65 anjuran Umno Bahagian Jerai di sini, Khamis.

Jins juga menyifatkan percanggahan pendapat antara pemimpin dalam parti sebagai baik dalam erti kata untuk mencari jalan menyelesaikan sesuatu isu, asalkan mereka tidak bermusuhan.

Namun, beliau menganggap pemimpin yang bersifat talam dua muka, sebagai amat berbahaya kepada parti. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain