suria

Rosoman Dilantik Pengarah Penjara Reman P. Pinang

GEORGE TOWN: Pengarah Parol negeri Rosoman Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, menggantikan Abdul Halim Ma-Hasan yang dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Penjara Pusat di Kota Kinabalu, Sabah.

Rosoman, 41, yang berpangkat Penolong Komisioner Penjara (PKP) berkhidmat dengan Jabatan Penjara sejak 16 tahun lalu, dan jawatan Pengarah Parol pula diambil alih oleh pegawai penjara Jamaludin Hassan.

"Saya akan berusaha meningkatkan program-program pemulihan banduan supaya mereka keluar sebagai manusia yang insaf dan tidak mahu mengulangi kesalahan lampau," katanya kepada pemberita selepas majis terima tugas di sini.

Katanya beliau juga mensasarkan tempoh setahun untuk meningkat pembangunan modal insan di kalangan anggota dan pegawai penjara.

Majlis serah terima tugas hari ini disaksikan Pengarah Penjara Tapah Rosni Mansor di sini, Isnin.

Penjara Reman di Jalan Goal itu kini menempatkan lebih 500 orang tahanan. -BERNAMA NFAK AZE AZH 16/05/201

Artikel Sebelum

Artikel Lain