suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

207 Pelajar Sekolah Terima Sumbangan Buku Latihan

KUALA LUMPUR: Seramai 207 pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Jalan Ipoh pada Ahad menerima bantuan buku latihan sempena Program Buku Latihan 2011 yang disampaikan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Bantuan itu sebagai antara langkah menggalakkan budaya membaca di kalangan murid sekolah.

D'Cruz berkata selain buku latihan sekolah, mereka turut menerima buku cerita dan buku tulisan Jawi sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia.

"Ini merupakan program kedua diadakan, yang pertama kita adakan di Klang bulan lepas melibatkan 500 murid. Kita akan teruskan program ini sehingga bulan depan," katanya kepada pemberita selepas program tersebut di sini.

Beliau berkata minggu depan, program itu akan diadakan di Kuang, Selangor, melibatkan 120 murid Orang Asli.

"Kita menyasarkan 2,000 murid akan menerima buku latihan seumpama itu. Sumbangan ini terbuka kepada semua, termasuk anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain