Kualiti Udara Makin Pulih - Semasa | mStar

Kualiti Udara Makin Pulih

PETALING JAYA: Kualiti udara di kebanyakan kawasan seluruh negara sehingga pukul 11 pagi Jumaat berada pada tahap baik.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan keadaan jerebu yang melanda negara sejak Khamis telah kembali pulih ke tahap baik.

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Beberapa bandar besar seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, Pulau Pinang, Kuching dan Miri mencatatkan bacaan IPU antara 24 hingga 48.

Sementara itu, 22 kawasan masih lagi disenaraikan pada tahap sederhana berbanding 24 kawasan pada pagi Jumaat.

Antara kawasan yang mencatatkan IPU pada tahap sederhana sehingga pukul 11 pagi Jumaat adalah Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (54), Kota Kinabalu (51), Kuala Terengganu, Terengganu (61), Shah Alam, Selangor (58).

Daerah Muar, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada tahap sederhana iaitu 84 sehingga pukul 11 pagi.

Bagaimanapun, tiada kawasan yang disenaraikan pada tahap tidak sihat, Jumaat.

Pada Khamis, Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 104 manakala 28 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu Banting (96), Kuala Selangor (85), Petaling Jaya (82), Shah Alam (86), Nilai (88), Batu Muda, Kuala Lumpur (84), Cheras (76), Putrajaya (71), Port Dickson (82), Seremban (74), Bandaraya Melaka (81) dan Bukit Rambai (85).

Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut