suria

Imigresen Lahad Datu Tahan 24 Warga Asing Langgar Syarat Pasport

LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Lahad Datu menahan 24 warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Sri Perdana sini malam tadi kerana melanggar pelbagai peraturan Imigresen negara ini.

Pengarah Imigresen Sabah Mohammad Mentek berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 15 wanita iaitu tujuh rakyat Filipina, empat rakyat China, tiga rakyat Vietnam dan seorang warganegara Kemboja.

Sembilan lelaki warga asing yang ditahan pula ialah tujuh rakyat Filipina dan dua rakyat Indonesia. Mereka ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

"Kesemua warga asing berkenaan ditahan dalam serbuan di pusat hiburan berkenaan kira-kira jam 9 malam yang diketuai oleh Ketua Imigresen Lahad Datu Dzul Azwie Nawawi bersama 21 anggotanya melalui Ops Sayang," katanya.

Katanya operasi seumpama itu akan dijalankan dari semasa kesemasa bagi membandung kegiatan tidak bermoral. - BERNAMA

Artikel Lain