suria

Laporan Siasatan Kematian Pegawai Kastam Dihantar Ke Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Polis telah menghantar laporan siasatan kematian pegawai kastam di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane ke Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu BERNAMA, laporan kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, diserahkan kepada pejabat berkenaan pada Jumaat .

"Kami berpuas hati dengan siasatan," katanya di sini, Isnin.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui maut di gelanggang badminton tingkat satu bangunan SPRM itu pada 6 April lalu selepas diminta hadir oleh SPRM berkaitan kes rasuah melibatkan 62 pegawai kastam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain